Saturday, June 16, 2012

MISI SEKOLAH


MISI SEKOLAH

 

 

Melahirkan modal insan yang unggul dalam
kurikulum,kokurikulum dan sahsiah
berteraskan pengurusan yang efektif
dalam suasana yang kondusif
dibantu komuniti yang prihatin.


VISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH 

 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya

Cemerlang dan Terbilang 

Di Peringkat Kebangsaan 

Menjelang Tahun 2015.

MOTO SEKOLAH

MOTO SEKOLAH

BERILMU , BERAKHLAK , BERBAKTI

Moto ini menggambarkan sifat dan perlakuan yang menjadi inspirasi atau harapan sekolah
.

Berilmu 

Berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran berguna selaras dengan wawasan negara.

Berakhlak

Berupaya untuk mengawal disiplin diri,bersopan-santun dan bertatatertib

Berbakti

Berupaya menyumbangkan usaha tenaga untuk berbakti kepada diri,keluarga,sekolah dan negara

MATLAMAT SEKOLAH

MATLAMAT SEKOLAH

  1. Meningkatkan prestasi akademik dalam semua mata pelajaran dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang hubungkait pelajaran dengan kerjaya dan kehidupan masa hadapan mereka.
  2. Meningkatkan akhlak pelajar-pelajar dengan amalan nilai-nilai murni supaya terbentuk generasi pelajar yang berdisiplin,berhemah tinggi dan bermaruah.
  3. Mewujudkan suasana harmonis melalui pemupukan budaya kebersihan,tolong-menolong,penyayang dan budaya kerjaya yang cemerlang dalam kalangan pelajar dan guru.

PIAGAM SEKOLAH

PIAGAM SEKOLAH

 


Kami warga SMK Bukit Bandaraya

Berakhlak mulia,cerdas dan berketerampilan

Suasana pendidikan sekolah yang kondusif,harmoni dan selamat

SMK Bukit Bandaraya sebagai wadah menjana ilmu untuk menghadapi

Dan melayan tetamu dengan mesra.

FALSAFAH SEKOLAH

FALSAFAH SEKOLAH

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya mempunyaiguru-guru yang bededikasi,bertangungjawab dan sentiasa bersedia membimbing pelajar-pelajar yang berkemampuan menerima pendidikan yang boleh mengembangkan potensi rohani,intelek,sosial dan berkemampuan membentuk amalan yang sihat bagi mencapai budaya ilmu dan budaya membaca selaras dengan falsafah pendidikan negara.  


Dalam mencapai cita-cita falsafah sekolah ini,pihak sekolah telah menetapkan dasar berikut kepada segala usaha yang dijalankan:

Bahawasanya pelajar-pelajar SMK Bukit Bandaraya

  • mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Dengan ini,peluang seluas-luasnya akan diberi kepada mereka.
  • pada asasnya adalah bersifat baik lagi mulia. Lantaran itu,setiap pelajar walau bagaimana bermasalah sekalipun mempunyai kemungkinan untuk dipulih jika seluas-luas peluang dan setinggi-tinggi simpati diberikan kepadanya untuk menjadi baik.
  • mempunyai sifat bergaul,bekerjasama dan berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu lapangan jika mereka diberi peluang menyertainya secara lebih aktif.        

Bahawasanya pendidik-pendidik SMK Bukit Bandaraya

  • mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran dan budi pekerti pelajar-pelajar di sekolah ini.
  • berkeupayaan memberi bimbingan dan galakan kepada setiap pelajar supaya dapat bergaul dalam suatu suasana toleransi antara satu sama lain dan dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat serta melatih sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.

ETIKA SEKOLAH

ETIKA SEKOLAH

PELAJAR DISAYANGI ,GURU DIHORMATI,SEKOLAH DISANJUNGI


TO LOVE OUR STUDENTS, TO RESPECT OUR TEACHERS,TO DIGNIFY OUR SCHOOL